Thursday 8 May 2014

DOA MERAWAT MIGRAIN

Di saat sakit migrain, ubat yang paling mujarab adalah berdoa kepada Allah supaya disembuhkan setelah kita berusaha mencari penawarnya.

Baca Surah al-Waqi'ah ayat 19 kemudian baca doa ini. Insya-Allah sakit kepala akan reda dengan izin Allah.


KUNYIT PENAWAR SAKIT SENDI

Kajian klinikal mendapati kunyit mampu mengurangkan bengkak pada sendi tangan dan kaki. Ini kerana masalah sakit sendi seperti artritis reumatoid berpunca dari tindakan radikal bebas yang merosakkan sel-sel dan tisu badan.

Kunyit bertindak menghalang tindakan radikal bebas ini daripada terus merosakkan sel-sel badan yang menyebabkan pembengkakan atau keradangan.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, kunyit organik seperti Pil Kunyit Anugerah adalah pilihan yang terbaik untuk membantu mengurangkan sakit sendi ini. Ini kerana kunyit organik mengandungi bahan aktif curcumin yang telah diekstrak dan lebih banyak kandungannya berbanding kunyit biasa.


DOA MERAWAT BARAH

Selain menggunakan kaedah rawatan moden, kita juga boleh mengamalkan doa ini sebagai ikhtiar merawat penyakit barah. Wallahu'alam.


DOA SAKIT SENDI DAN ANGIN DALAM BADAN

Jika anda mengalami sakit sendi atau angin di dalam badan, boleh baca doa ini. Insya-Allah sakit akan berkurang.


KEBAIKAN BERSEDEKAH

Tahukah anda bahawa terdapat banyak faedah dengan bersedekah?

Dengan bersedekah, kita mendapat 3 kebaikan iaitu dipanjangkan umur, mati di dalam khusnul khatimah dan menghapuskan sikap buruk.

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari)

Marilah sama-sama kita memperbanyakkan bersedekah secara ikhlas kepada saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan. Wallahu'alam.


DOA MOHON DITURUNKAN HUJAN

Masalah kemarau yang melanda negara kita menyebabkan masalah kekurangan air, malah ada beberapa tempat telah membuat catuan air.

Mari sama-sama kita baca doa minta turun hujan ini. Mudah-mudahan Allah mengirimkan hujan yang yang dapat membasahi bumi serta memberikan keberkatan kepada kehidupan kita.


DOA SAKIT STROK

Jika anda atau kenalan anda menghidap sakit angin ahmar atau strok, boleh baca ini bersama-sama dengan rawatan dan terapi yang diambil. Insya-Allah dengan usaha dan tawakal, sakit tersebut akan berkurang.


DOA MERAWAT KENCING MANIS

Jika anda atau kenalan anda sedang mendapat rawatan penyakit kencing manis, boleh baca kombinasi doa-doa ini:

1. Surah al-Fatihah.
2. Surah al-Hasyr ayat 21 hingga 24.
3. dan baca doa merawat kencing manis ini.

Insya-Allah, penyakit kencing manis yang dihadapi akan berkurang beserta dengan rawatan yang diambil.


DOA MERAWAT KANSER

Selain menggunakan kaedah rawatan moden, kita juga boleh mengamalkan doa ini sebagai ikhtiar merawat apa sahaja penyakit kanser. Wallahu'alam.


DOA MEMOHON ORANG YANG HILANG DIJUMPAI

Bersama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan penumpang-penumpang penerbangan MH370 yang masih belum dijumpai sehingga sekarang.

Mulakan doa ini dengan beristighfar dan berselawat ke atas Nabi. Mudah-mudahan mereka selamat dan dilindungi Allah.


DOA PENGIKAT KASIH SAYANG

Baca doa ini untuk menguatkan hubungan di antara suami dan isteri. Untuk mendapatkan kesan yang baik, amalkan selalu dengan membaca di hadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, cukup sekadar baca di dalam hati. Wallahu'alam.


DOA KETIKA DALAM PERJALANAN

Mari sama-sama kita baca doa ketika di dalam perjalanan dan bermusafir ini.


DOA AGAR DIKASIHI MAJIKAN

Amalkan doa ini sekiranya anda mahu disukai oleh majikan anda. Cara bacanya ialah dibaca 3 kali selepas solat Subuh dan Maghrib. Wallahu'alam.


DOA UNTUK MENAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN

Doa untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Boleh dibaca pada bila-bila masa. Like and Share dengan rakan-rakan anda. Jazakallahu khairan.


DOA ELAK NYANYUK

Anda mahu mengekalkan ingatan dan memori sehingga ke hari tua?Amalkan membaca doa untuk mengelakkan nyanyuk ini setiap waktu Subuh dan Asar? Wallahu'alam.


DOA MERAWAT TEKANAN DARAH TINGGI

Jika anda atau kenalan anda yang sedang mendapat rawatan tekanan darah tinggi, boleh baca kombinasi doa-doa ini:

1. Baca Surah Al-Fatihah
2. Baca Surah Al-Hasyr ayat 21-24
3. Selawat Syifa' dan
4. Doa darah tinggi berikut

Insya-Allah, 
sakit yang dialami akan berkurang dan tekanan darah kembali stabil.


DOA MENGHILANGKAN SAKIT KEPALA

Di saat sakit kepala datang, ubat yang paling mujarab adalah berdoa kepada Allah setelah kita berusaha mencari penawarnya.
Baca Surah al-Waqi'ah ayat 19 kemudian baca doa yang seterusnya di bawah ini. Insya-Allah sakit kepala akan reda dengan izin Allah.
(sumber: Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab)


DOA APABILA MENDENGAR KEMATIAN

“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya dan kami pasti akan kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Tulislah dia (yang meninggal dunia) termasuk di dalam golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah mereka itu dalam tingkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi.”


DOA MERAWAT BENGKAK

ika anda yang sedang mendapat rawatan untuk mengurangkan bengkak kaki, anda boleh baca kombinasi doa-doa ini untuk membantu mengurangkan sakit tersebut, Insya-Allah:

1. Baca Surah al-Fatihah
2. Baca selawat syifa'
3. Baca doa di bawah ini.


AYAT PENDINDING

Anda boleh mengamalkan ayat kursi sebagai pendinding untuk melindungi kediaman dan harta anda. Kaedah ini diambil dari salah seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Ayyub al-Ansari r.a. 

Kaedahnya ialah:

1. Mulakan dengan membaca surah al-Fatihah.

2. Hadapkan badan ke pintu utama rumah sambil membaca Ayat Kursi dengan 9 waqaf (tempat berhenti), selepas itu mula keliling dari sebelah kanan rumah.

3. Lakukan sebanyak mana yang mungkin dalam bilangan pusingan ganjil (1,3,5 atau 7). Bilangan maksimum adalah 7. Cukup sekali sekiranya kawasan rumah adalah sangat luas.

4. Perlu terus membaca Ayat Kursi semasa berjalan mengelilingi rumah sehingga habis pusingan dengan niat untuk melindungi kediaman.

5.Jika anda ingin meletakkan pendinding untuk kenderaan dengan Ayat Kursi, baca Ayat Kursi dengan bermula daripada sebelah kanan kenderaan.

6. Jika anda ingin memagari dusun atau kebun, baca Ayat Kursi dengan niat untuk memagari dengan hanya berdiri di tengah-tengah dusun itu.

*Perlu diingatkan, penggunaan tangkal, azimat,wafak dan seumpama dengannya untuk tujuan pendinding dan pertahanan diri adalah ditegah sama sekali. Kita memohon kepada Allah semata-mata.

Amalan dengan menggunakan ayat-ayat Quran adalah wasilah untuk mencapai keinginan dan sudah semestinya kita dianjurkan berbuat demikian.

Mudah-mudahan Allah S.W.T menjauhkan kita daripada perkara yang boleh membatalkan iman dan kekufuran.Yang terbaik hanya dari Allah. Selamat beramal.

** Jika rumah teres atau rumah pangsa, anda boleh baca sekadar berdiri di depan rumah dengan berniat untuk memagar kawasan rumah.



DOA JINAKKAN BINATANG LIAR

Tahukah anda bahawa haiwan liar dan berbisa boleh dijinakkan dengan doa ini? Anda boleh baca sebagai perlindungan dari bahaya haiwan tersebut. Wallahu'alam.


DOA UNTUK MENGUATKAN INGATAN

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam, dan Kami telah berikan mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut, dan Kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan" (Surah al-Isra' ayat 70)

Baca doa ini sambil meletakkan tangan di atas kepala.


DOA APABILA MENDIAMI RUMAH BARU

Apabila mendiami rumah baru, kita digalakkan membaca doa perlindungan dari gangguan makhluk yang kita boleh nampak dan makhluk yang kita tidak boleh nampak. Wallahu'alam.


DOA PENDINDING SIHIR

Doa pendinding diri dari gangguan jin, saka dan sihir.
Cara membacanya ialah:
Baca 1 kali selepas solat fardhu atau 5 kali selepas solat Subuh atau solat Isyak setiap hari.



DOA MEMOHON KENDERAAN YANG DICURI DIPULANGKAN

Kereta anda hilang atau dicuri? Apa kata kita amalkan doa ini. Mudah-mudahan Allah menunjukkan jalan supaya kereta yang hilang dipulangkan. Wallahu'alam.


8 PERKARA YANG MENGUATKAN RUMAHTANGGA

Amalkan 8 Perkara ini Untuk Menguatkan Hubungan Rumahtangga

Perkahwinan adalah suatu ikatan kontrak yang suci di antara seorang lelaki dan seorang wanita yang telah cukup syarat untuk hidup bersama-sama di saat suka dan duka.

Menurut Islam, tujuan perkahwinan adalah untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan menerusi kepuasan hubungan intim yang disertai dengan perasaan saling mencintai, kasih sayang, keprihatinan, dan perkongsian hidup secara seimbang untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil berat oleh suami dan isteri untuk menguatkan hubungan perkahwinan menurut acuan Islam:

1. Mempunyai sikap yang baik dengan bersyukur
Seorang Muslim mesti sentiasa mempunyai sikap yang positif dan bersyukur dengan kurniaan yang Allah berikan. Ucapkanlah Alhamdulillah di dalam segenap aspek perbuatan, pekerjaan dan kelakuan anda tidak kira apabila suka atau duka.

2. Sering memberikan bantuan
Rasulullah S.A.W sering menekankan kepentingan suami untuk membantu isteri. Begitu juga dengan isteri yang perlu membantu suaminya asalkan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

3. Amanah
Muslimin dan muslimat termasuklah suami dan isteri mesti saling mempercayai di antara satu sama lain. Jika masing-masing melaksanakan amanah dengan baik dan mengikut perintah Allah, pasti tiada perasaan syak wasangka di antara suami dan isteri.

4. Perasaan saling hormat menghormati
Bagaimana anda boleh dihormati oleh orang lain jika anda tidak menghormati diri sendiri dan orang lain? Suami perlu sentiasa menghormati hati dan perasaan isteri dengan menunjukkan akhlak yang baik dan begitu juga dengan isteri.

5. Menggembirakan isteri
Menurut satu riwayat hadis, Nabi S.A.W meluangkan masa bersama isterinya baginda Saidatina Aisyah (r.a) dengan berlumba lari bersama-sama. Kata Saidatina Aisyah (r.a), "Saya pernah keluar berlari-larian dengan baginda, tetapi apabila saya mendapati saya tidak larat, baginda akan memintas saya".

6. Sentiasa memaafkan
Setiap manusia sering melakukan kesilapan. Inikan pula hubungan suami isteri. Masing-masing perlu belajar untuk memaafkan kesalahan di antara satu sama lain dan berusaha untuk memperbaiki diri demi hubungan yang berkekalan.

7. Menghabiskan masa bersama-sama.
Melakukan perkara dan aktiviti bersama-sama adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Cuba belajar hobi pasangan anda walaupun anda tidak minat. Lakukan aktiviti yang boleh meneroka lebih dalam lagi hubungan anda berdua.

8. Lakukan amal ibadat bersama-sama
Si suami perlu sentiasa mengimamkan solat fardhu di rumah bersama-sama dengan isteri. Lakukan sekurang-kurangnya solat Maghrib secara berjemaah sekiranya sibuk. Ini akan menambahkan keredhaan Allah di dalam kehidupan anda.



DOA UNTUK MENGELAKKAN CEMBURU SUAMI ATAU ISTERI

Adakah anda mempunyai perasaan cemburu dengan pasangan anda? Sama-sama amalkan doa ini agar hubungan suami dan isteri kekal terjalin dan diredhai oleh Allah Taala.


AYAT UNTUK YANG LEMAH SEMANGAT

Adakah anda sering lemah semangat dan takut dengan makhluk halus? Amalkan sayyidul istighfar ini yang boleh diamalkan pada setiap pagi dan petang.

Maksudnya: "Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada tuhan melainkan Engkau, engkaulah yang telah menjadikan aku dan aku adalah hamba-Mu, dan aku menurut segala perintah dan perjanjian dengan-Mu sekadar keupayaanku, aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan dosa yang telah aku lakukan, dan aku mengaku dengan nikmat-Mu ke atasku dan aku mengaku dengan dosa-dosa yang telah aku lakukan, maka ampunilah aku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan engkau". (hadis riwayat Bukhari)

DOA AGAR SUAMI/ISTERI BERUBAH KE ARAH KEBAIKAN

Anda boleh amalkan doa ini untuk mengubah perangai suami atau isteri ke arah kebaikan.

Cara-caranya ialah:

1. Baca surah Yusuf ayat 4 sebanyak 3 kali ketika pasangan sedang tidur. Lebih baik jika dia baru mula tidur. Tiupkan pada mukanya supaya apabila dia menaik nafas, hembusan anda akan disedut olehnya.

2. Baca juga doa ini ketika menyediakan air minuman untuknya. Tiup ke air sebelum berikan kepadanya untuk minum.

3. Amalkan selalu sehingga menampakkan kesan. Insya-Allah.



DOA SUPAYA ANAK CUCU MENDIRIKAN SOLAT

Anda boleh amalkan doa ini supaya anak-anak dan keluarga sama-sama mendirikan solat. Insya-Allah.


DOA MEMOHON ILMU DIBERKATI

Amalkan doa ini untuk memperolehi ilmu yang diberkati, tidak kira ilmu dunia atau ilmu akhirat.


DOA MELEMBUT HATI ANAK YANG DEGIL

Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun kepala anak ketika dia tidur.


FAKTA SAINTIFIK DALAM AL QURAN

Fakta Saintifik di dalam al-Quran - Peringkat Kejadian Manusia

Keajaiban penciptaan manusia telah diterangkan secara terperinci di dalam al-Quran. Satu persatu peringkat kejadian manusia diceritakan oleh Allah, bermula dari air mani sehingga terbentuknya janin; 

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta". - Surah al-Mukminoon ayat 12-14.

Perkara ini menarik minat saintis bernama Prof Keith L. Moore. Beliau adalah saintis terkemuka di dunia di dalam bidang embriologi and anatomi. Beliau juga adalah Profesor Emeritus Biologi Sel dan Anatomi dari Universiti Toronto, Kanada, Dekan Fakulti Perubatan, Pengerusi Jabatan Anatomi. dan Pengarah Persatuan Anatomi Amerika dan Kanada dan Majlis Gabungan Sains Biologi.

Pada tahun 1981, semasa Persidangan Perubatan di Dammam, Arab Saudi, Prof Keith L. Moore mengatakan bahawa,

"...proses kejadian manusia sangat kompleks kerana berlakunya proses perubahan yang berterusan. Saya mencadangkan bahawa satu sistem klasifikasi diperkenalkan menggunakan penerangan yang telah ada dalam al-Quran dan Hadis. Sistem ini ringkas, mudah difahami dan bersesuaian dengan fakta embriologi moden.

Sejak berabad lamanya, kita tidak dapat mengetahui peringkat-peringkat kejadian manusia sehinggalah kita mengetahuinya di dalam al-Quran.

Beliau menambah," Ini merupakan satu penghargaan bagi saya untuk menjelaskan kenyataan di dalam al-Quran tentang proses kejadian manusia.

Ia adalah jelas kepada saya bahawa ia semestinya datang kepada Muhammad dari Tuhan, kerana hampir semua pengetahuan ini tidak ditemui sehinggalah beberapa abad kemudian. Ini membuktikan kepada saya bahawa Muhammad adalah utusan Tuhan."



DOA MEMOHON KECERDIKAN

Amalkan doa ini untuk memohon kecerdikan semasa menuntut ilmu.


5 CARA MENGHUKUM ANAK YANG TIDAK DIBENARKAN DALAM ISLAM

5 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam:

1. Memukul wajah
Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”

2. Menampakkan kemarahan yang sangat
Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah
Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."

4. Bersikap terlalu keras dan kasar
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas
Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.



DOA MENGINGATI ILMU

Anda boleh amalkan doa ini supaya mudah mengingati apa-apa ilmu yang dipelajari. Banyakkan membacanya selepas selesai solat.


DOA PENDINDING UNTUK PREMIS PERNIAGAAN

Anda mahu melindungi premis perniagaan anda dari gangguan sihir? Amalkan doa pendinding ini. Insya-Allah, perniagaan anda akan dilindungi dari ancaman orang yang berniat tidak baik dengan anda dengan izin Allah Taala.

Kaedah mengamalkannya ialah:

1. Mulakan dengan membaca surah al-Fatihah.
2. Hadapkan badan ke pintu utama kedai sambil membaca Ayat Kursi dengan 9 waqaf (tempat berhenti), selepas itu mula keliling dari sebelah kanan rumah.
3. Lakukan sebanyak mana yang mungkin dalam bilangan pusingan ganjil (1,3,5 atau 7). Bilangan maksimum adalah 7. Cukup sekali sekiranya kawasan rumah adalah sangat luas.
4. Perlu terus membaca Ayat Kursi semasa berjalan mengelilingi kedai sehingga habis pusingan dengan niat untuk melindungi kediaman.



5 PETUA MENDAPAT WAJAH YANG BERSERI


1. Sentiasa senyum dan bersangka baik dengan orang lain

2. Sentiasa berwuduk.

3. Cuci muka sebelum tidur dengan air bersih.

4. Amalkan berselawat 3 kali, kemudian tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan membaca doa ini; “Ya Allah, serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku”

5. Ketika bersolek di depan cermin ,baca doa ini; “Ya Allah, sebagaimana Kau cantikkan wajahku maka perelokkanlah pekertiku”

Kongsikan dan amalkan



5 SYARAT SEBELUM GUNA DOA PENGASIH

5 Syarat Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menggunakan Doa Pengasih.

Hukum asal menggunakan doa pengasih adalah harus selagi ia mengikut lunas syarak. Berikut adalah beberapa syarat yang perlu dipatuhi:

1. Doa tersebut tidak mengandungi maksud yang boleh mendatangkan syirik seperti beriman selain daripada Allah atau mengambil elemen-elemen dari agama lain.

2. Doa tersebut tidak digunakan untuk tujuan jahat seperti untuk membalas dendam, menggalakkan permusuhan dan mengakibatkan mudarat kepada orang lain. Jika terjadi, ia akan jatuh hukum haram.

3. Doa pengasih tidak dianggap sebagai tangkal yang apabila dibawa ke mana-mana boleh memberikan manfaat kepada penggunanya. Contoh penggunaan adalah seperti gambar, helaian kertas atau rantai.

4. Tidak menyeru dan memuja nama-nama yang tidak difahami maksudnya termasuk juga nama jin atau syaitan.

5. Tidak beriktikad dan menyakini hanya doa pengasih sahaja boleh memberi kesan yang dimahukan walhal hanya Allah Taala sahaja yang berkuasa menentukannya.



DOA ELAK SANTAU, RACUN DAN PENYAKIT

Ingin lindung diri dari terkena santau, penyakit dan racun? 
Amal kan lah doa dibawah. Semoga segala kejahatan dan kesusahan dapat dielakkan.
InsyaAllah.


DOA PENYAKIT WAS-WAS

Adakah anda sering berasa was-was sehingga mengganggu urusan harian anda terutamanya ketika melakukan ibadah seperti sewaktu ingin memulakan solat? 

Anda boleh amalkan doa mengubat penyakit was-was ini. Insya-Allah, perasaan was-was akan hilang dengan izin Allah Taala.


DOA PENGASIH KELOPAK MATA

Jika anda mahu memikat seseorang dengan niat untuk menikahinya, amalkan doa ini.

Caranya ialah baca ayat ini sekali. Selepas itu isyaratkan dengan mengedipkan kelopak mata anda. Kemudian, cuba berbual dengan orang tersebut secara sopan dan berhemah.
Insya-Allah si dia pasti tertawan dengan anda.


MENGETAHUI SI DIA JODOH ANDA

3 Cara Untuk Mengetahui Samada Si Dia Adalah Jodoh Anda

1. Minta bantuan orang tengah untuk menyiasat terlebih dahulu orang yang ingin kita kenali. Biasanya lelaki yang meminati seseorang gadis akan meminta kenalan untuk mengetahui latar belakang gadis itu. Cara ini dibenarkan di dalam Islam.

2. Setelah dapat berkenalan, cuba kenali hati budi supaya wujud keserasian di antara satu sama lain. Pertemuan bukanlah untuk berpacaran sehingga menimbulkan maksiat - si gadis perlu membawa bersama muhrimnya untuk mengelakkan fitnah apabila bertemu dengan lelaki itu.

3. Jika ada keserasian, lakukan solat istikharah dan perbanyakkan berdoa agar dipertemukan jodoh. Jika terdapat petanda yang baik di antara kedua-dua pihak, Insya-Allah orang tersebut adalah jodoh anda.