Wednesday 7 May 2014

SAINS DAN AL QURAN

Kajian sains geologi moden telah membuktikan bahawa gunung-ganang mempunyai akar yang mendalam sehingga ke bawah permukaan tanah.
Sebuah buku bertajuk 'Earth' tulisan Profesor Emeritus Frank Press adalah sebuah buku teks rujukan asas di universiti-universiti di seluruh dunia. Beliau merupakan Penasihat Sains kepada bekas Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter, dan menjadi Presiden Akademi Sains Negara, Washington DC selama 12 tahun.
Di dalam buku tersebut, beliau mengatakan bahawa gunung-ganang mempunyai akar asas yang terbenam di dalam tanah. Beliau menamakan bentuk akar gunung dengan bentuk seperti pasak. Ini kerana ia adalah perkataan yang paling sesuai kerana kebanyakan pasak ditetapkan dengan betul di bawah permukaan tanah. Sains memberitahu kita bahawa teori gunung mempunyai akar yang mendalam telah diperkenalkan hanya pada abad ke-19.
Sebenarnya, perihal tentang gunung ganang sebagai pasak telah diberitahu di dalam al-Quran 1400 tahun dahulu:"(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?" 
- Surah An-Naba' ayat 6 hingga 7.
Gunung juga memainkan peranan penting untuk menstabilkan kerak bumi dan menghalangnya daripada berlaku gegaran bumi. Allah telah berfirman dalam al-Quran :
"Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju."
- Surah An-Nahl ayat 15.
Bolehkah seseorang seperti Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang tidak tahu membaca dan menulis mengetahui bentuk sebenar gunung ?
Bolehkah seseorang mengesahkan bahawa gunung dia dilihat di hadapannya sebenarnya memanjangkan jauh ke dalam bumi dan mempunyai akar yang berbentuk pasak ?
Ini membuktikan mukjizat al-Quran kepada baginda Nabi S.A.W dan ianya datang dari Pencipta alam semesta iaitu Allah Azza Wajalla.
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment