Thursday, 8 May 2014

FAKTA SAINTIFIK DALAM AL QURAN

Fakta Saintifik di dalam al-Quran - Peringkat Kejadian Manusia

Keajaiban penciptaan manusia telah diterangkan secara terperinci di dalam al-Quran. Satu persatu peringkat kejadian manusia diceritakan oleh Allah, bermula dari air mani sehingga terbentuknya janin; 

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta". - Surah al-Mukminoon ayat 12-14.

Perkara ini menarik minat saintis bernama Prof Keith L. Moore. Beliau adalah saintis terkemuka di dunia di dalam bidang embriologi and anatomi. Beliau juga adalah Profesor Emeritus Biologi Sel dan Anatomi dari Universiti Toronto, Kanada, Dekan Fakulti Perubatan, Pengerusi Jabatan Anatomi. dan Pengarah Persatuan Anatomi Amerika dan Kanada dan Majlis Gabungan Sains Biologi.

Pada tahun 1981, semasa Persidangan Perubatan di Dammam, Arab Saudi, Prof Keith L. Moore mengatakan bahawa,

"...proses kejadian manusia sangat kompleks kerana berlakunya proses perubahan yang berterusan. Saya mencadangkan bahawa satu sistem klasifikasi diperkenalkan menggunakan penerangan yang telah ada dalam al-Quran dan Hadis. Sistem ini ringkas, mudah difahami dan bersesuaian dengan fakta embriologi moden.

Sejak berabad lamanya, kita tidak dapat mengetahui peringkat-peringkat kejadian manusia sehinggalah kita mengetahuinya di dalam al-Quran.

Beliau menambah," Ini merupakan satu penghargaan bagi saya untuk menjelaskan kenyataan di dalam al-Quran tentang proses kejadian manusia.

Ia adalah jelas kepada saya bahawa ia semestinya datang kepada Muhammad dari Tuhan, kerana hampir semua pengetahuan ini tidak ditemui sehinggalah beberapa abad kemudian. Ini membuktikan kepada saya bahawa Muhammad adalah utusan Tuhan."



No comments:

Post a Comment